Pembangunan di Kelantan

Assalamualaikum wbt.

Jom lihat pembangunan di Kelantan.

gambar-gambar banyak lagi sebenarnye. Sedikit saja ana paparkan di sini.

Lihat pula iklan-iklan di sekitar Kelantan.

Ini pula kad nikah pintar..

Kad nikah pintar merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunapakai bagi menggantikan sijil perakuan nikah di Negeri Kelantan.
Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan pasangan yang sudah berkahwin untuk membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

A]. Pendidikan Islam; peningkatan Sekolah YIK.

1. Bangunan dan pertambahan kelas – memberi peluang belajar lebih ramai
2. Maahad Tahfiz Al-Quran di Pulai Chondong
3 Maahad Dakwah Wal-Imamah – Pengiktirafan Universiti Al Azhar.
4 Menambah bilangan guru terlatih (kursus KDC), tetap dan berelaun.
5 Ko-kurikulum berpandukan Kementerian Pendidikan (akademik)
6 Sukatan pendidikan (agama) dari Universiti Al-Azhar Mesir.
7 Memperbanyakkan jawatan guru tetap dan berpencen(zaman BN hanya 54 orang, di zaman PAS sekarang berjumlah 332 orang )
8 Menaikan elaun guru sekolah bantuan YIK.
9 Mengembang Pusat Pengajian Pondok YIK dan mendapat kebenaran untuk melanjut pengajian di Universiti Al Azhar memasuki tahun dua.
10 Menambahkan peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan YIK, dari RM18 juta (masa BN) kepada RM30 juta sekarang.
11 Membuka kelas kemahiran dan sains – sains tulen, teknik, vokasional dan perdagangan.
12 Menubuh Kolej Islam Kelantan dengan nama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Akan berperasi sepenuhnya pada tahun 2000.

B]. Pembangunan Masjid.

1. Menambahkan peruntukan untuk kemajuan masjid melalui MAIK daripada RM 1 juta kepada RM 2 juta.
2. Memperuntukan pembangunan agama/masjid kepada Pejabat Tanah & Jajahan sebanyak RM 100 ribu
3. Menyalurkan peruntukan untuk tahfiz al-Quran: Elaun Guru Tahfiz dan Pusat Pengajian Tahfiz; RM 60 ribu.
4. Menambah elaun imam-imam mukim daripada RM 100 kepada RM 250 sebulan
5. Melaksanakan tabung al-Qardhul Hasan di masjid: Sebuah masjid satu jajahan, peruntukan tahunan RM 140 ribu, purata RM 10,000 sebuah masjid.

C]. Perkembangan Dakwah.

1. Memperkenalkan Unit Dakwah Halaqat
2. Memperuntukkan RM 20 ribu untuk kursus mubaligh, imam dan guru pondok
3. Menambah bilangan guru-guru Al-Quran: 50 orang satu DUN
4. Memperkemaskan penglibatan dan hubungan Kerajaan Negeri dengan badan-badan dakwah dan pertubuhan Islam.
5. Mempertingkatkan kegiatan dakwah melalui jabatan / agensi kerajaan
6. Mewujudkan program dakwah menerusi Jawatankuasa Penerangan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah/Unit Pembangunan Islam MPKB).
7. Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam.
8. Menggalakan orang belum Islam menghadiri program kebesaran Islam
9. Kempen kesedaran menutup aurat
10. Menganjur hari kebesaran Islam dan menjemput orang bukan Islam hadir sama
11. Menganjur sambutan bulan Sembahyang.
12. Menganjur sambutan Hari Hudud.
13. Memasukkan program Ihya’ Ramadhan dalam kalendar pelancongan
14. Memasukkan acara seni dan budaya Islam dalam karnival kebudayaan Kelantan.
15. Menetapkan Dasar Islam dalam Dasar Kebudayaan Negeri 1998
16. Memperincinkan prinsip keIslaman di dalam Dasar Kawalan Hiburan Negeri 1998 dan mengutamakan nilai-nilai Islam di dalam peraturan kawalan hiburan 1999.
17. Merekacipta seni rehal sebagai mercu tanda Kota Bharu berprinsipkan simbolik al-Quran sebagai perlembagaan hidup umat Islam/rakyat Kelantan.

D]. Pembangunan Insan.

1. Menyalurkan peruntukan melalui wakil rakyat.
2. Kegiatan tadarus tahunan di masjid Kawasan /jajahan.
3. Menyampai tazkirah berkala di jabatan / agensi kerajaan.
4. Menganjurkan kursus kefahaman Islam.
5. Memperkemaskan lagi Enakmen Keluarga Keluarga Islam Kelantan 1993 (pindaan 1999), memudahkan penggunaan borang-borang.

E]. Mempertingkatkan Pelaksanaan Syariat Islam.

1. Pengharaman judi dikuatkuasa pada 1hb. Januari 1992.
2. Menutup kelab-kelab malam.
3. Menghapus kegiatan pelacuran.4
. Menggalakkan dan menguatkuasa etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat pengeluaran lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan.
5. Pengawalan kedai gunting – elak wanita bergunting lelaki.
6. Menyusun penjualan arak mulai 1hb. Julai 1993 semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel-hotel, restoran-restoran ataupun kedai-kedai makan. Orang bukan Islam boleh minum di rumah-rumah kediaman mereka ataupun tempat-tempat yang bukan tempat awam.
7. Pengasingan Kaunter bayaran untuk lelaki dan wanita di semua pusat membeli belah.
8. Menutup pusat hiburan, permainan snooker dan biliard.
9. Membanyakkan papan tanda berunsur dakwah, berpandukan ayat al-Quran dan doa.
10. Melarang papan tanda (iklan) yang memperagakan wanita dan yang bercanggah dengan Islam.
11. Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993)
12. Meluluskan Dasar Kebudayaan Negeri berteraskan prinsip Islam 1998.
13. Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri.1998 yang mengutamakan nilai-nilai keIslaman.
14. Meluluskan Dasar Pelancongan Negeri 1998 yang berprinsipkan Islam


2.0 PROGRAM PENTADBIRAN.

A]. Pentadbiran Secara Islam.

1. Mengamalkan Pentadbiran berteraskan al-ubudiah, al-masuliah dan al-itqaan
2. Memperkenal dan membudayakan adab membuka dan menutu majlis cara Islam dimulakan surah Al Fatihah dan penutup Al-Asr
3. Dasar jimat cermat dalam berbelanja.
4. At-taawun dalam pelaksanaan projek-projek kecil. (konsep gotong-royong)
5. Menubuh Jawatankuasa Pembangunan Islam.
6. Menubuh Jawatankuasa Pembangunan Ummah Mukim (JPUM)
7. Melantik wakil kaum (hak bukan Islam) dan wanita (memberi hak mereka) dalam Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu
8. Meluluskan Pekeliling Pentadbiran Islam Bilangan 1 (1994) Negeri Kelantan.
9. Masa pulang diperawalkan dan tiada waktu rehat tengahari dalam bulan Ramadhan bagi membolehkan ibadat digandakan dan membolehkan suri rumah/kakitangan wanita menyiap untuk berbuka.
10. Menamatkan majlis rasmi sebelum waktu sembahyang atau memulakannya selepas sembahyang.

B]. Pengurusan Kewangan Secara Islam.

1. Mengasingkan akaun halal dan haram
2. Memindahkan simpanan tetap dari bank riba ke Bank Islam/Bank Muamalat.
3. Dasar Tender Terbuka dalam pembalakan.
4. Menubuhkan Tabung Serambi Mekah.
5. Melaksanakan Sistem Gadaian Islam (Ar-Rahn) mulai 1992 dan mengarahkan semua pajak gadai riba ditukar kepada sistem islam mulai tahun 1993.
6. Mengarahkan PKINK dan anak-anak syarikatnya yang untung supaya membayar zakat..
7. Pinjaman secara Islam kepada kakitangan kerajaan. (Pinjaman Perumahan, kenderaan & komputer)

C]. Menjaga Harta Kerajaan.

1. Penggunaan kenderaan sedia ada untuk MB dan Exco.Pembelian kenderaan baru untuk MB adalah di atas dasar kenderaan lama yang melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi dan tidak ekonomik.
2. Tidak menyalah guna harta kerajaan seperti kenderaan.
3. Memotong bonus / elaun ; YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar dipotong elaunnya sebanyak 45 peratus ( 40 peratus kepada Parti dan 5 Peratus kepada Perbendaharaan Negeri) manakala wakil rakyat PAS sebanyak RM 500.00 kepada PAS.
4. Menghapus amalan pemberian cenderamata semasa lawatan.
5. Memanjangkan cuti bersalin dari 40 kepada 60 hari.
6. Kerja lima (5) hari seminggu
7. Tidak menghubahsuai/memperbaharui perabot rumah dan hiasan dalaman kediaman rasmi MB di JKR 10
8. Tidak menggunakan kemudahan kerajaan dalam pilihanraya.
9. Menghapuskan peruntukan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar untuk Juadah Hari Raya sebanyak RM 30,000
10. Menghapuskan peruntukan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar untuk Juadah Berbuka puasa sebanyak RM 15,000
11. Memotong elaun sewa rumah YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar sebanyak RM 3,000 sebulan
12. Menghapuskan elaun keraian TMB sebanyak RM 18,000 setahun

D]. Pentadbiran Tanah

1. Dasar penyelesaian tanah-tanah haram sebelum 1990
2. Memberikan hak milik tanah yang telah dibayar deposit.
3. Memudahkan beberapa urusan tanah (bayaran ansuran untuk premium bagi membantu golongan miskin memiliki tanah).
4. Menurun kadar bayaran premium tanah.
5. Mempertingkatkan kutipan tunggakan hasil tanah.
6. Memperturunkan kuasa kelulusan tanah (kurang 10 Ekar) kepada Pegawai Daerah (DO).
7. Menjalankan bancian pemilikan tanah


3.0 PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT


A]. Pembangunan Insaniah (Kemanusiaan).

1. Mendedahkan program Bina Insan kepada pegawai, kakitangan kerajaan.
2. Menganjur tamrin kepada guru-guru dan pelajar YIK.
3. Memberi kursus kesedaran Islam kepada wanita, belia dan kepimpinan masyarakat
4. Pemimpin bertadarus bersama rakyat dalam bulan Ramadhan.
5. Pegawai memberi tazkirah.
6. Melaksanakan projek Desa Takwa.
7. Menjemput orang bukan Islam kedalam majlis-majlis rasmi.
8. Menganjur kuliah agama di Masjid Baraah Pasar Buluh Kubu.
9. Menganjur forum, seminar dan muzakarah mengenai pelaksanaan Islam.
10. Menambah bilangan guru-guru Al-Quran dan fardu ain.
11. Memperkemaskan penglibatan dan kerjasama dengan badan-badan dakwah lain.
12. Mempertingkatkan kegiatan dakwah melalui jabatan / agensi kerajaan
13. Mewujudkan program dakwah menerusi Jawatankuasa Penerangan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah / MPKB).
14. Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam.
15. Menggalakan orang belum Islam menghadiri program kebesaran Islam dan ceramah PAS
16. Kempen kesedaran menutup aurat di peringkat parti dan kerajaan. Kakitangan wanita diwajibkan pakaian menutup aurat.

B]. Pembangunan Ekonomi.

1. Memajukan bidang Pertanian sebagai “economic base”.
2. Menjadikan PKINK sebagai pemaju sektor pertanian komersial/perniagaan tani.
3. Mempelbagai kegiatan komersial.
4. Terus memajukan bidang penanaman padi.
5. Mempelbagaikan kegiatan PKINK dalam bidang Perlombongan, Pembalakan, Petro-kimia, Gas dan Petroleum, Ladang & Hartanah serta Pelancongan
6. Menyedia skim subsidi baja padi kerajaan negeri dengan peruntukan tahunan sebanyakRM 3 juta bagi menampung subsidi baja oleh Kerajaan Pusat.
7. Memajukan Kawasan Lojing sebagai pusat pertumbuhan baru.
8. Mempertingkat usaha penanaman semula hutan menerusi Projek Tanaman Ladang Hutan oleh PKINK, Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK)
9. Menyekat pembalakan haram dan menambahkan penguatkuasaan ke atas kegiatan tersebut.
10. Menggubal Dasar Pertanian Negeri disamping Dasar Pertanian Negara
11. Mewujud skim galakan pelaburan sebanyak RM 250,000.00 setahun.
12. Menubuh Pusat Serenti Perindustrian.
13. Membuat promosi pelaburan di luar negeri.
14. Memaju dan memberi kerjasama kepada pihak yang menjayakan pelbagai projek untuk kemudahan dan kemajuan ekonomi negeri seperti Projek Kemasin-Semerak, Empangan Pergau dan penyediaan tapak perindustrian.

C]. Projek Kesejahteraan Rakyat.

1. Mempertingkat fungsi Pejabat Pembangunan Negeri dalam menyelaraskan projek-projek di kampung-kampung.
2. Mempertingkat peranan Pejabat Tanah & Jajahan dengan memberi kuasa kepada Pegawai Daerah untuk melaksanakan projek jajahan.
3. Menyalur peruntukan melalui wakil rakyat.
4. Mempertingkat peranan Majlis Daerah dan MPKB dalam menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk semua rakyat.
5. Meneruskan semua pelaksanaan pelbagai projek kecil dan kesejahteraan rakyat – mengetar, menaik taraf dan membatu jalan, membina parit dan saliran, menyedia input pertanian, membina dan membaiki jambatan, kalbot (saluran air), wakaf dan seupamannya.
6. Menghapuskan lesen beca roda tiga
7. Mempertingkatkan skim bantuan pemulihan rakyat termiskin melalui Jabatan Pertanian, Pejabat Pembangunan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan seperti bantuan bekalan eletrik, input pertanian, ternakan lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam itik dan input nelayan.

4.0 ISU-ISU POSITIF DALAM KERAJAAN PAS

1. Ketokohan ,Tok Guru, Sifat sederhana , tiada penyelewangan, mengutamakan kehendak rakyat, teladan Tuan Guru Menteri Besar memberi keyakinan kepada rakyat.
2. Wujud suasana aman, sejahtera dan selesa. Kadar jenayah menurun, keputusan peperiksaan meningkat,gejala keruntuhan sosial remaja rendah dan kes-kes maksiat tidak merebak.
3. Pelaksanaan syariat dan syiar Islam. Usaha secara praktikal pemerintahan Islam di Kelantan di sempurna dengan menguatkuasa pelbagai peraturan Islam mengikut kemampuan (kuasa yang ada) bagi kerajaan negeri. Usaha seperti menguatkuasakan pakaian menutup aurat, pengharaman judi dan melulus kanun Jenayah Syariah II merupakan langkah serius yang tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini meskipun mereka mendakwa mendaulatkan Islam.
4. Pembangunan yang selari dan seimbang. Meliputi aspek pembangunan kebendaan dan pembangunan kemanusiaan. Berbeza dengan kerajaan BN yang menekankan pembangunan kebendaan semata-mata. Mereka banyak mengejar kebaikan dunia dan meninggalkan kebahagiaan akhirat. Oleh itu aspek pembangunan insaniah dipertingkatkan kepada setiap lapisan rakyat.
5. Boleh mentadbir dan tiada masalah kewangan. Berkat jimat cermat.
6. Pendekatan Islam dalam belanjawan Negeri
7. Perakuan polis, jenayah menurun.
8. Langkah Kelantan ditiru oleh negeri lain/kerajaan Pusat. Pajak Gadai Islam, perumahan konsep Islam dan cuti bersalin
9. Kerajaan BN menolak keputusan Dewan Undangan undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (HUDUD) pada 25 November 1993
10. Pendana Menteri melalui surat rasmi mengugut akan mengambil tindakan sekiranya kerajaan Negeri meneruskan cadangan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.
11. Peminpin UMNO rata-rata memiftnah dan memburuk imej kerajaan Negeri untuk melaksanakan hudud dengan mengatakan apa yang diusahakan oleh kerajaan Negeri sebagai “hudud zalim”, “tidak adil” dan “hudud PAS”
12. Menyelesaikan masalah Air dengan membeli saham Thames Water 70%

Published in: on May 1, 2008 at 9:32 am  Comments (6)  

The URI to TrackBack this entry is: http://cheekylulu.wordpress.com/2008/05/01/pembangunan-di-kelantan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

6 CommentsLeave a comment

  1. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

    Elok juga selalu lah beri informasi tentang pembangunan di Kelantan.

    Saya senantiasa teringatkan Kelantan

    Wassalam

    Remali Yusoff, Ph.D
    SPE, UMS

  2. Assalamualaikum w.b.t.

    Pembandaran negeri Kelantan sebagai sebuah bandaraya Islam harus dicontohi oleh semua negeri… Tidak perlu mempersoalkan isu parti politik tapi demi agama dan bangsa, pembangunan berunsur Islam harus dilaksanakan. Ada kewajarannya, kerana Malaysia adalah salah satu negara yg dikenali sebagai sebuah negara Islam. Pembangunan yg memuncak tinggi tidak ada gunanya sekiranya banyak mengundang kegiatan kemaksian… saya hairan kenapa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan? Sedangkan hukum ini adalah daripada Allah, bukannya daripada PAS. PAS hanya Ingin melaksanakannya mengikut syariat yang ditetapkan. Mengapa perlu takut andai kita tidak melakukan kesalahan. Jangan jadikan parti sebagai penghalang dalam menjalankan syariat Allah.

    Syabas kepada yang berkenaan atas informasi mengenai Kelantan, agar ada pihak yang dapat membuka mata kebaikannya dalam pemerintahan secara Islam.

    Wassalam.

  3. Ye menarik gambar diatas tapi ada juga pembangunan itu nampaknya sehingga kini tidak beroperasi….sudah 20 tahun saya hidup dikelantan..takat pembangunan sangat sangat perlahan dan ekonomi masih berada ditahap yang rendah. bahkan purata gaji yang diterima adalah dibawah rm600 sebulan..

  4. SY minta izin copy dan edarkan artikel serta gambar dari ruangan ini terima kasih makluman balas sila ke ntvirus.wordpress.com

    Admin,
    ALIFF AFNAN

    http://NTVirus.wordpress.com

  5. Kenyataan Najib Hassan perlulah berdasarkan Fakta!

    logikkah purata pendapatan RM600??

    ini bermakna keseluruhan di negeri Kelantan majoriti pendapatannya adalah dibawah RM1000??

    biar betol?

    yg keje cekgu? yg keje kerajaan? yg keje polis..

    Belum diambil kira yg berniaga..

    saya mempunya sepupu saya di Kelantan.. Jutawan Komputer!

    Saya mempunyai mak saudara saya yg berniaga di pasar..

    Pendapatan mereka 5 angka sebulan..

    Kuasa beli mereka tinggi..

    lihat saja di Kelantan meniaga apa pon laku.. roti tempayan! nasi kandar! akok! apa yg tak laku? barangan yg logik la.. jgn dok fikir tak logik plak kan..

    maksud disini Kelantan lubuk perniagaan.. Cina Melayu India semua kaum suka berniaga di Kelantan.. tidak percaya? pergi Kelantan tanya mereka.. tanya peniaga2… kenapa begitu setia meniaga di Kelantan.. dan tutur kata mereka.. membuatkan kita tidak tahu nak beza cina ka india ka .. semua ckp loghat dgn baik!

    ada ka purata pendapatan RM600????????????

  6. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

    Ini adalah berdasarkan kajian sebenar yang dibuat oleh EPU tetapi tidak diterbitkan atau dilaporkan. Sebenarnya secara purata orang Melayu Kelantanlah yang paling kaya di Malaysia. Ini berdasarkan fakta:

    1) Kalau sama-sama terima gaji bulanan (dengan kerajaan persekutuan gaji tetap sama setiap negeri). Rakyat Kelantan lebih kaya kerana kebanyakan mereka membina rumah sendiri di atas tanah sendiri lebih besar dan cantik. Hutang berbentuk jangka pendek. Di negeri lain (luar) rumah beli hutang dengan harga mahal. Saya sendiri bina rumah secara tunai di Wakaf Bharu belakang CALTEX dengan nilai lebih RM600,000.00 (rumah sahaja – hasil kerja saya selama 10 tahuan di UMS, Sabah). Dengan keluasan rumah Banglo 2 tingkat 6,325 kaki persegi). Kalau di Kuala Lumpur rumah saya bernilai RM3.8 juta. Rumah saya tidak termasuk tanah yang saya beli pada tahun 1996 (tunai)RM50,000.00 keluasan 985 meter persegi.

    2) Kebanyakan ahli perniagaan seperti taukeh (Balak, Pemilik bangunan, Batik, Taukeh perikanan laut dalam, sekolah swasta, pemilik syarikat bas (Cth-Che Ibrahim – Bas Mutiara) dan lain-lain milik orang Malayu).

    3) Harga barang murah. Mengikut Unit Perancang Ekonomi Malaysia, Kelantan tempat ke-5 mempunyai pendapatan perkapita berdasarkan harga CPI tempatan bukanya CPI national. Itu pun dengan tidak mengambil kira pendapatan Perniagaan Kecil dan Sederhana yang tidak dimasukkan ke dalam pengiraaan pendapatan negeri Kelantan – kerana tidak melibatkan bil. Sedangkan perniagaan ini memberi pendapatan yang lumayan kepada peniaga. Sebagai contoh – saya pernah bertanya peniaga santan kelapa di Wakaf Bharu pendapatan purata bulanan mereka mencecah RM12,000.00 hingga RM15,000.00 sebulan. Bayangkan tidak dikira dalam pendapatan KDNK kelantan kerana jual tunai tanpa bil dan begitu juga denagn taukeh Tomyam di Wakaf Bharu, dekat bulatan boleh mendapat pendapatan bulanan sehingga RM15,000.00 sebulann. Lebih besar daripada pendapatan seorang Profesor di Universiti.

    4) Di Kelantan 99.99 peratus rakyat nya memliliki rumah diatas tanah sendiri dan bukannya hutang. Tiada kerja tak boleh bayar perlu keluar rumah seperti berlalku pada kawan saya di Kuala Lumpur. Hilang kerja kerana kegawatan ekonomi (hilang kerja) – tak boleh bayar keluar rumah di arah oleh Bank.

    5) Data sebenar negeri Kelantan merupakan negeri yang Ke-6 miskin di Malaysia dan lebih baik daripada Kedah,Perak, Pahang, Terengganu, Sabah, Serawak dan Perlis. Kerana di Kelantan di manipulasi oleh data kerana perbezaan politik dan berdasarkan pendapatan semata-mata. Tetapi kalau dikira nilai sebenar dan berdasarkan HARTA Kelantan adalah lebih baik. Sebagai contoh – Ibu saya yang memiliki tanah lebih 4 ekar, dimana tanah tapak rumah ibu saya ialah 1.5 ekar di Binjai Kubang Kerian dan ibu saya bina rumah TUNAI dengan arwah ayah saya (depandan belakang batu bata dan yang lainnya adalah diperbuat dengan kayu CENGAL)- anggaran harga semasa RM180,000.00). Tetapi pembaci kerajan KATA IBU SAYA MISKIN – kerana ibu saya seorang petani, tiada pendapatan TETAP, umur sudah 72 tahun. Tapi perlu di ingat SAYA sebagia anaknya memberi kepada ibu saya RM500.00 sebulan dan adik-beradik saya yang lain beri RM200.00 sebulan ada 4 orang (ada Cik gu, dan lain berniaga). Makannya tak habis, bil aiar di Kelantan murah (2 sumber air – air kerajaan negeri dan air telaga). Ibu saya sebenarnya lebih kaya daripada pekerja di Kuala Lumpur yang berpendapatan RM3,000.00 sebulan dengan RUMAH HUTANG, KERETA HUTANG DAN LAIN2 BIL yang perlu dibayar. Yang anihnya mengikut banci ibu saya miskin – tapi pernah diberi bantuan oleh kerajaan pusat cuma RM10.00 dan ibi saya tidak mahu lagi pergi ambil yang perlu berbaris hingga berjam-jam.

    Ini adalah kenyataan sebenar dan kalau tidak percaya boleh hubungi saya seperti telefon dan alamat berikut:

    REMALI YUSOFF, PhD
    Sekolah Perniagaan dan Ekonomi
    Universiti Malaysia Sabah
    Beg Berkunci 2073
    88999 Kota Kinabalu, Sabah.

    Tel: 088-320000 Ext: 1615;
    H/P: 012-9490569
    e-mail: remyuf@ums.edu.y


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: