Jejak ke Utara

If you ask me about love

my answer would be

it’s all about Allah, the pure love

Sungguh Allah lah pencipta alam yang indah ini menyebabkan aku semakin jatuh cinta kepadaNYA setelah mengikuti siri kerjalapangan. Ketika tinta ini ditulis, telah hampir seminggu kerjalapangan itu tamat. Kemudian, aku disibukkan dengan kerja-kerja yang tertangguh untuk menghadapi semester hadapan. Namun desakan hati untuk memberi sesuatu kepada pembaca blog walaupun hanya sedikit cuma membuatkan artikel ini dipos. Sekurang-kurangnya tidaklah bersawang sangat blog ini kan? =)

The taller the tree is,

the deeper the roots are

Kembara ke barat laut semenanjung bermula seawal jam 8.00 pagi 14 November 2009 ke Alor Setar menaiki 3 buah bas. Hati ini resah memikirkan bagaimanakah keadaan sahabat-sahabatku yang bertungkus lumus menguruskan KIBSI ‘09. Maaf sahabatku, kembara 22 lokaliti ini memerlukan perhatian yang lebih. Maaf juga kerana terlalu sedikit kurasa sumbanganku kepada antum semua untuk memudahkan gerak kerja agama yang dijulang ini.

Seperti entri mengenai kerjalapangan sebelum ini, saya tidak menulis mengenai setiap lokaliti yang dikunjungi. Hanya beberapa saja yang dirasakan menarik untuk bacaan ringan. Tapi, ini pun sudah cukup banyak~ =)

Sungai Batu Pahat, Lembah Bujang.

Tempat ini mempunyai batuan Granite yang direjah oleh korok (dyke) batuan Pegmatite (saiz kasar, mineral-mineralnya bersaiz lebih 1cm) berusia Triassic. Pada sentuhan antara kedua-dua jenis batuan (sebelum membeku adalah magma) ini wujud zon terpanggang (baked zone) dan zon terkokol (chill zone). Pemineralan semula mineral tourmaline dapat dilihat dengan jelas.

Dari segi sejarah, tempat ini merupakan pelabuhan dan membangun dengan wujudnya sebuah tempat ibadat. Namun, pelabuhan ini tidak dapat kekal menjadi pelabuhan kerana perubahan fizikal sungai berubah menjadi air terjun yang sesuai menjadi tempat rekreasi saja. Hanya tinggal kesan pahat pada batuan ini saja yang kelihatan.

Kumpulan saya, kumpulan C ketika ini dibimbing oleh Dr Azimah Hussein. =)

Empangan Pedu

Tempat menarik, kali pertama saya menjejakkan kaki ke empangan. Struktur binaan empangan ini diambil dari batuan di bukit (xigt namanya) yang terdiri daripada Formasi Semanggol (Early Permian-Triassic). Batuan yang dapat dilihat di sini ialah batu pasir (sandstone) berselang lapis dengan batu lumpur (mudstone) dan batu konglomerat (sokongan matriks / matrix supported). Jujukan lapisan batuan ini menebal ke atas. Sekitaran pengendapannya pula adalah laut cetek.

Dari jam 9 pagi hingga ke tengah hari kami menapak di sini, mendaki bukit, berpanaskan matahari, bermandikan peluh. Lokaliti kami sepanjang hari berkenaan memerlukan kerahan tenaga dan stamina kerana banyak berjalan. Rasa mahu tercabut kaki..huu. Mama Kumpulan C pada hari berkenaan iaitu Dr Zaiton berusia 50-an masih gagah biar pada riak wajahnya terukir senyuman walaupun lesu.

Bukit Jabi

Tiba di sini pada jam 6.30 petang hari ketiga. Terdapat 2 formasi di sini iaitu Formasi Kubang Pasu dan Formasi Mahang. Formasi Mahang yang lebih tua telah berada di atas Formasi Kubang Pasu kerana wujud sesar songsang (reverse fault) yang dinamakan Sesar Bok Bak.

Gua Kelam

Hujan lebat reda apabila selamat tiba di sini. Lokaliti sebelum Gua Kelam ialah Guar Jentik yang menyebabkan pakaian kami basah kuyup akibat hujan lebat. Biarlah basah pun, asalkan kompas dan nota selamat. Gua Kelam terbentuk akibat zon lemah sesar yang menyebabkan hakisan dan perlarutan semula karbonat berlaku pada batu kapur Formasi Setul ini. Selain stalaktite dan stalagmite, struktur kolam bertingkat, langsir gua, chert nodule juga dapat dilihat dengan jelas. Lebih menarik lagi, terdapat fosil Malayaspira rugosa dan Lytospira rectangularis pada dinding gua.

Utan Aji

Lokaliti menarik kerana ia merupakan ‘kubur’ bagi hidupan laut cetek berusia awal kapur (Early Devonian) pada lapisan batu lumpur dan batu lodak (shale). Posidonamia Perlisensis (sejenis Bivalvia), Brachiopoda, batang Crinoidia adalah antara yang paling mudah dijumpai. Bagi trilobita, fosil yang paling sempurna dan paling besar bersaiz 7.0cm telah ditemui oleh Ain. Credit to her for the cute trilobite =) Fosil berkenaan disimpan oleh Prof Basir dan akan diletakkan di makmal paleontologi.

Trip to Langkawi!

5.00 petang, hari Rabu 18 November, kami selamat tiba di bilik masing-masing di Hotel Region. Sungguh ku rindukan sangat bumi ini. 2 tahun pengajian di maktab memberikanku seribu pengertian. Tempat aku mengenal erti persahabatan dan pengisian hati seperti usrah dan sebagainya. Lewat petang itu saya dan 5 orang teman rapat keluar ke pasar malam. Selepas menemani mereka bersiar-siar di pekan Kuah, saya dijemput Abang Zafri ke kondominium guru-guru MRSM untuk mengunjungi sepupuku Kak Rina dan anaknya Qistina Mirza yang baru 6 bulan usianya. Macam-macam cerita saya dengar mengenai adik-adik yang masih menuntut di situ. Abang Zafri yang merupakan warden di situ tampak letih memikirkan karenah anak-anak muridnya yang semakin merunsingkan. Bukan mudah untuk membentuk anak-anak.

Pantai Pasir Hitam

Kenapa pasir di pantai ini berwarna hitam? hinggakan ia mempengaruhi penamaan tempat ini?

Ada cerita dari penduduk di situ mengatakan dahulu terdapat kapal yang mengangkut bijih timah telah karam berdekatan dengan pantai ini, lalu besi itu pun terenap di pantai. Namun ia bukanlah penjelasan yang tepat. Dari segi geologi umumnya dan mineralogi khususnya, warna hitam itu merupakan mineral tormaline dan ilminite yang berasal dari batuan granite. Hasil luluhawa dan hakisan menyebabkan mineral ini yang berasal dari batu granite terpisah dari perumahnya lalu terenap di pantai ini.

Air Hangat-Durian Perangin

Batuan yang terdapat di sini ialah batu kapur, batu pasir dan batu lodak. Fosil di sini susah untuk di cari jika tidak membawa tukul. Bryozoa banyak ditemui di batu kapur dan batu pasir seperti Polypora sp dan Fenestella sp. Beberapa jenis Brachiopoda juga berjaya ditemui iaitu Sulciplica dan Bandoproductus monticulus. Formasi batuan ini ialah merupakan Formasi Singa yang usianya sama dengan Formasi Kubang Pasu.

Pada hari Jumaat, kami berpeluang untuk bersiar-siar di pulau lagenda yang merupakan batuan tertua di Malaysia. Coklat di pekan Kuah menjadi buruan pada waktu petang dan kemudian, bersiar-siar di Pantai Cenang. Malamnya pula kami menikmati makan malam bersama tenaga pengajar yang sudi meluangkan masa untuk membimbing kami pada kerjalapangan kali ini iaitu- Prof Basir, Prof Juhari, Dr Zaitun dan Dr Azimah. We enjoy great moments with you profs~ (^.^)v

Moga dirahmati setelah berhujan, berpanas, berlumpur demi secebis ilmuMu..

Published in:  on November 26, 2009 at 3:33 pm Leave a Comment

Manisnya ukhuwwah bersama mereka

Berakhir sudah siri kerjalapangan bagi subjek Pemetaan Geologi ke Taman Pantun (UKM), Sungai Tekala, Ayer Hitam & Port Dickson; Geologi Struktur ke Temerloh. Banyak masa saya habiskan bersama teman-teman geologi. Kami dikatakan ‘assabiyah’, mungkin sebab kuliah-kuliah yang kami ikuti hanya kami sahaja terlibat, tiada percampuran dengan pelajar kos lain. Tambahan pula kami punyai bangunan sendiri. 

Sepanjang bersama mereka, itulah saat berharga bagi saya, memahami mad’u yang unik. Merekalah yang dekat dengan saya selain sahabat-sahabat jemaah, yang boleh saya sampaikan dan berkongsi ilmu. Walaupun mungkin saya kesibukan dengan kerja-kerja lain, masih ada juga yang sudi memahami. Namun, hak-hak ukhuwwah mereka perlu dijaga. Mungkin saya tidak dapat memenuhi sepenuhnya, sekurang-kurangnya saya tidak tinggalkan semua.

Port Dickson 1

Masa kami ke lokaliti ini, bas kami meluncur laju melintasi kawasan panas ketika itu iaitu Bagan Pinang. Tiba di Tanjung Biru, hujan renyai-renyai (mungkin masa tu baru habis penamaan calon), menyebabkan saya gelisah kerna saya terlupa membawa baju hujan. Prinsip ‘geologist’, hujan ke xhujan ke.. kerja kene jalan.. jadi, ape lagi, redah saja! p/s: macam xbiasa plak =P

Lokaliti yang kami datangi ini adalah di bahagian tanjung yang mempunyai batuan Phyllite dan hanya boleh ke sana ketika air surut kira-kira jam 11 pagi. Pada jam 3.30 petang air mula pasang dan kami cepat-cepat kembali ke pantai. Petang yang berbaki itu saya duduk saja di apartment disebabkan badan yang tak berapa sihat (huhu), teman-teman yang lain semua mandi laut dan kolam..

PD2

Malamnya pula kami dibawa makan di Bagan Pinang. Teruja saya melihat suasana hangat di sana. Ini baru lepas penamaan calon. Hari mengundi lagi hangat kan?

 

Port Dickson 2

Minggu seterusnya, kami ke tempat sama (pantai yang sama), cuma lokaliti ke2 ini terletak di sebelah utara berbanding Port Dickson 1. Suasana lebih panas kerana kami tiba sehari sebelum Hari Pembuangan Undi untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Saya sangat puas apabila kami semua dapat menunaikan solat zohor di atas pasir pantai di lokaliti kami. Pada asalnya ramai yang kekok, namun setelah ada yang memulakan, alhamdulillah mereka boleh terima. Sekurang-kurangnya syiar Islam dapat ditunjukkan.

Bila malam menjelang, semua pelajar perempuan dibawa untuk makan malam ke restoran di Bagan Pinang menaiki Bas Persiaran. Hurm, memang hangat malam itu. Biasalah malam terakhir sebelum pengundian. Ketika pulang ke apartment, ada juga yang bertanyakan kami, mungkin nak siasat sama ada kami ini pengundi hantu atau tak. Takut ada orang salah paham je kami ni puteri UMNO..hihi

 

PD1

Hari kedua, setelah puas teman2 menaiki ‘banana boat’, kami semua bertolak pulang beberapa minit sebelum jam 5.00 petang. Ketika melintasi Bagan Pinang, penyokong kedua-dua belah pihak setia menanti bersama FRU dan polis. Tersenyum apabila beberapa kawan saya melambai-lambaikan tangan ke penyokong PAS di situ.   

Temerloh

Fieldwork terakhir sebelum exam untuk subjek Geologi Struktur. Alhamdulillah, laporan berjaya disiapkan di Hutan Lipur Lintang sebelum pulang ke UKM =)

**************************************

 

9730_100775723278553_100000383784958_18484_4392443_n

Semoga Berjaya untuk semua kawan-kawan, All The Best heh~

Published in:  on October 25, 2009 at 3:38 pm Comments (1)

Papan Batu pengganti Buku?

Terpana saya ketika Dr Tajul Anuar tiba-tiba bercerita mengenai kekejaman British di tengah-tengah syarahannya mengenai batuan sabak (slate). Apa perkaitannya dengan batu sabak?

Batu ini berwarna hitam, permukaannya licin, butiran saiz halus. Batu sabak yang bergred tinggi sangat popular di Wales, UK. Di Wales, batu ini digunakan sebagai atap rumah kerana ketahanannya terhadap luluhawa.

Slate_roof

British ketika menjajah Tanah Melayu, sistem pendidikan yang diterapkan sangat diskriminasi. Anak-anak pembesar dan raja-raja dididik diasuh mengikut acuannya dan ditempatkan di sekolah inggeris. Bagi golongan biasa, rakyat jelata yang ditindas telah ditempatkan di sekolah atap (sekolah pondok). Setiap pelajar di sekolah yang serba dhaif ini dibekalkan papan batu iaitu batu sabak untuk digunakan dalam kelas sedangkan teknologi kertas sudah maju ketika itu. Nota dan latihan dibuat di atas batu itu menggunakan kapur kemudian dipadam akhirnya setelah beralih ke subjek lain. Apa strategi British melalui cara ini?

Ya, mereka mahu rakyat jadi bodoh!

Terang Dr. Tajul lagi, beliau menyedari akan hal ini ketika beliau membuat tesisnya di Wales.

“Mereka ini membawa budaya yang jahat. Kenapa mahasiswa sekarang suka ikut cara mereka? Pakai seluar jeans koyak2 bukan budaya kita!” Nadanya lahir rasa kecewa, tambahan pula mahasiswa sekarang hanya mahu lulus peperiksaan semata-mata. Bukan ilmu yang dicari tetapi 4.00 flat semata-mata yang dicari.

Published in:  on October 13, 2009 at 7:01 pm Leave a Comment

Diari Aidilfitri

hj hassan family copy

 

Aidilfitri kali ini disambut meriah walaupun tidak semua keluarga berkumpul di teratak kesayangan kami semua di kg semerah darat ini.

Apa yang menarik kali ini ialah, setiap kali mengunjungi rumah sanak saudara, kami beramai-ramai berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Marhaban la tu…. Bak kate org jawa- baraan. Tapi ini ‘family version’

Hakikat yang saya dapat tahu, rupa-rupanya saya dan adik beradik serta sepupu sepapat merupakan generasi ke-5 keturunan jawa totok. ‘Super’ moyang kami bernama Singodimejo berketurunan jawa  dari Pulau Jawa.

Singodimejo-pulau jawa

Hassanadi

Hj Abdul Salam- beliau dan adik beradiknya berhijrah ke Semenanjung Malaya. Menetap di kawasan Semerah. Kemudian, mereka membawa orang tua mereka (Hj Hassanadi) ke Tanah Melayu.

Hj Hassan- embah (atuk)

Mohd Badri- Ayah saya.. 

Aida Rahayu-x fasih bahasa jawa =p

Kunjungan daripada keluarga sebelah mak pula tidak putus-putus. Sehinggakan dalam satu hari, keluarga kami menerima kunjungan2 sanak saudara dan sahabat2 dari pagi smpai ke maghrib (^.^)

perasaan lebih gembira tahun ini kerna bunga-bunga ukhuwwah lebih mekar. takkan ku lupa setiap saat itu! 

 

Berlalu ramadhan fajar syawal menjelma

Muslimin muslimat menyambut hari raya

Takbir dilaungkan tahmid dibacakan

Sebulan puasa telah disempurnakan

 

Bekumpul sanak saudara

Bersatu keluarga bahagia

Berseri wajah ayah bonda

Menguntum senyuman ceria

 

Syawal menjelma

Sekelian lama tak bersua

Kini bertemu di hari raya

 

Sedang menjamu selera

Dengan juadah yang tersedia

Jangan pula kita lupa

Kepada yang tak berupaya

Hulurkan sedekah dan bantuan

Ringan kan bebanan mereka

Agar dapat turut bergembira

Menyambut hari yang bahagia

 

Sambil berkunjungan

Maniskan senyuman

Tanda kemesraan kita sesama insan

 

Dalam riang bergembira

Ingatlah pada yang tiada

Dipagi lebaran yang mulia

Kunjungilah pusara mereka

Tiada harta yang dibawa

Hanyalah amalan di dunia

Doakan semoga sejahtera

Bertemu Tuhan Yang Maha Esa

DSC_1435Buka puasa Ramadhan terakhir

DSC_1456bersalam-salaman dan bermaaf-maafan

DSC_1487Cucu Hj Hassan B Hj Abdul Salam

lebih banyak di sini

Published in:  on September 25, 2009 at 10:20 pm Comments (1)

Santai

P9060187

Ihya’ Ramadhan ISIUKM: bersama adik2 SMK Jalan Tiga dan SMA Qiblah

SDC10845Deklarasi Mahasiswa : Transformasi Malaysia 2009

Published in:  on September 15, 2009 at 1:52 pm Comments (1)

Time To Fly

Kehidupan sebagai seorang penjihad, mahasiswi universiti dan seorang anak kepada ibu ayah menjanjikan pelbagai dugaan. Ujian serta mehnah ini adalah saringan dari Allah (from Allah straight to you) untuk melatih orang-orang mukmin untuk bersabar. Selain itu, individu yang kental jiwanya akan lahir untuk mengharung pancaroba dunia.

Allah berfirman..

Apakah manusia menyangka mereka tidak diuji dengan hanya mereka berkata “kami telah beriman”. Sesungguhnya Kami telah uji orang-orang yang dahulu dari mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Ia mengetahui orang-orang yang dusta

(Al-Ankabut : 2-3)

Seharusnya kita memohon kepada Allah agar setiap langkah, setiap derap perjalanan kita diredhai Allah dan selamat hendaknya. Namun, Allah akan menguji orang-orang mukmin untuk menapis adakah mereka beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan adakah mereka perjuangkan agama Islam dengan sebenar-benarnya.

Setiap individu perlu menerapkan dan menanamkan di dalam jiwa kita perasaan ma’iyatullah (merasakan diri sentiasa bersama Allah) dalam setiap langkah, gerak geri, bahkan pada setiap detik dan waktu… seperti semasa belajar, beriadhah, bergerak kerja persatuan dan lain-lain. Lebih-lebih lagi di saat itu kita terpaksa menempuh hambatan ujian yang benar-benar menguji keimanan dan kekentalan jiwa kita. Tempuhilah dan harungilah dengan sebaik-baiknya…

In a moment, everything can change,
Feel the wind on your shoulder,
For a minute, all the world can wait,
Let go of yesterday,

Can you hear it calling?
Can you feel it in your soul?
Can you trust this longing?
And take control,

Fly
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine,
Forget about the reasons why you can’t in life,
And start to try, cause it’s your time,
Time to fly.

All your worries, leave them somewhere else,
Find a dream you can follow,
Reach for something, when there’s nothing left,
And the world’s feeling hollow.

Can you hear it calling?
Can you feel it in your soul?
Can you trust this longing?
And take control,

Fly
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine,
Forget about the reasons why you can’t in life,
And start to try, cause it’s your time,
Time to fly.

And when you’re down and feel alone,
Just want to run away,
Trust yourself and don’t give up,
You know you better than anyone else,

In a moment, everything can change,
Feel the wind on your shoulder,
For a minute, all the world can wait,
Let go of yesterday,

Fly
Open up the part of you that wants to hide away
You can shine,
Forget about the reasons why you can’t in life,
And start to try,
Fly
Forget about the reasons why you can’t in life,
And start to try, cause it’s your time,
Time to fly.

In a moment, everything can change.

a song by Hillary Duff

Ya Allah, Aku memohon perlindungan dari sifat putus asa.. aku berlindung dari futur di jalanMu.. aku berlindung padaMu dari menyerah sebelum berjuang habis-habisan.. aku berlindung dari perkara-perkara yang membawa fitnah kepada jemaah ya ALLAH………..

Published in:  on July 27, 2009 at 5:38 pm Comments (4)